Wahai syeikh, aku ini sering diganggu jin…

Sedikit Renungan untuk malam ini.

Datang seorang murid berjumpa Syeikh lalu bertanya;

“Wahai syeikh, aku ini sering diganggu jin, walaupun aku mengaji dan merukyah, ia akan pergi dariku sementara dan akan kembali menggangguku, apa yang harus aku lakukan?”

Lalu Syeikh itu menjawab;

“Seekor lalat itu apabila datang menganggu, engkau boleh menghalaunya, tapi apabila ia sering menganggumu bermakna ada kotoran bersamamu. Daripada engkau sibuk menghalau lalat itu lebih baik engkau bersihkan kotoran yang ada padamu. Nescaya lalat itu takkan menghampirimu.”

*Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yg selalu menjaganya bergiliran di depan & di belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yg dpt menolaknya dan tidak ada pelindung selain Dia*.
(Ar-Ra’d Ayat 11) .