DIARI RAWATAN 6 NOVEMBER 2017- MASALAH SUKAR BUANG AIR KECIL

Bismillahirrohmanirrohim – Lama juga Pak Ustadz tak menulis. Malam ni rawatan habis awal. Jadi dapatlah menulis sedikit kisah rawatan pada malam ini.

Kisahnya seorang lelaki minta diterapi kerana hampir dua tahun mengalami kesukaran buang air kecil. Telah puas jumpa pakar, buat ct scan dan lain lain dalam tempoh 2 tahun. Sehingga doktor pakar mencadangkan berjumpa perawat alternatif berikutan tiada langsung masalah dari segi perubatan medik.

Bila masuk sahaja lelaki mula merasa loya. Terapi dimulakan dan pesakit mula merasakan angin mula bergolak di seluruh tubuhnya.
Sesi pembuangan dilakukan dan lelaki ini mengalami muntah- muntah. Setelah lelaki ini berhenti muntah, rawatan dihentikan. Pesakit memaklumkan merasa ringan tubuh dan masalah angin telah hilang.

Pesakit diminta untuk buat mandian dan minum menggunakan minyak alkautsar.