BARU SEMINGGU KAHWIN DAH NAK BERCERAI

BARU SEMINGGU KAHWIN DAH NAK BERCERAI

Malam tadi Pak Ustadz dijemput untuk buat terapi bagi sepasang suami isteri yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan. Si suami kerap mendengar bisikan dan kata hati untuk menceraikan isterinya sejurus lepas akad nikah. Pasangan ini tidak dapat tidur bersama kerana si suami akan diganggu.

Bila Pak Ustadz sampai mereka tengah menonton game bolasepak antara Arsenal dan Chelsea. Pak Ustadz pun tumpang sekaki tonton sehingga separuh masa pertama habis.
Lepas tu barulah terapi dimulakan dengan terapi sisuami terlebih dahulu. Bila dimulakan degupan jantungnya berdegup kencang dan selepas dua puluh minit terapi keadaannya kembali normal.
Terapi diteruskan dengan isterinya pula. Bila Pak Ustadz sentuh kepalanya terus isterinya sakit di bahagian rahim berpindah ke kaki kanan pindah lagi ke kaki kiri , ke belakang, peha dan pinggang. Terapi diteruskan dengan rendaman kaki menggunakan Minyak AlKautsar.
Isteri memaklumkan bila rendaman dimulakan dia nampak banyak ukar sawa melalui kakinya keluar ke dalam besin rendaman. Dia juga ternampak se ekor ukar tedung yang sedang mengepakkan sayapnya seperti marah mahu mematuknya. Pemutusan perjanjian dilakukan dan isteri tersebut terus banyak sendawa.
Pak ustadz minta isteri tersebut buat mandian dan minum air yang telah didoakan melalui Minyak AlKautsar selama seminggu.
Sesi terapi kedua akan dilakukan selepas Pak Ustadz balik dari Kuala Terengganu.