Terbaring Kaku

Bismillahirrohmanirrohim…

Pada pagi tersebut mendapat panggilan dari seorang teman meminta merawat adiknya yang katanya terkena gangguan. Walaupun masih keletihan kursus dan bawa keluarga berjalan-jalan di Langkawi, janjitemu diadakan pada malamnya. Ingatkan gangguan biasa tetapi bila melihatkan abangnya terpaksa memangku adiknya masuk ke dalam rumah Pak Ustadz. Pesakit tak mampu untuk berdiri. Ceritanya bermula pada pagi tersebut semasa pesakit itu bekerja, dia telah kerasukan dan terjelepuk ke lantai dan tak boleh bangun-bangun sehingga terpaksa diusung balik ke rumah. Hanya mata sahaja yang terkebil-kebil.

Sesi terapi dimulakan dan kelihatan tiada respon dari pesakit. Setelah menekan beberapa point barulah energi yang berada ditubuhnya menjerit kesakitan dan sesi dialog bermula. Gangguan itu sebenarnya ajak pesakit bunuh diri tetapi pesakit menolaknya. Dipendekkan cerita dia setuju untuk keluar dari tubuhnya dan berjanji tidak akan masuk kedalam tubuh pesakit. Selepas selesai pesakit terus boleh berdiri.

Alhamdulillah dengan izin dariNya jua semua ini berlaku….

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,