Sihir Pemisah Pengantin Baru

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang)

Rentetan dari kes cincin warisan yang ada dikatakan ber”saka” dan telah sembuh dengan Izin Allah, makcik tersebut telah mencadangkan seorang rakannya yang Pak Ustadz sebut Kak A dari Puncak Jalil berhubung dengan Pak Ustadz untuk konsultasi masalah anak dan menantunya yang baru sebulan berkahwin dan mahu bercerai.

Kak A menceritakan kepada Pak Ustadz berkenaan anaknya yang telah berubah sikap yang serius setelah berkahwin dan bercakap yang bukan-bukan dan mahu menceraikan isterinya. Juga diceritakan sewaktu sebelum majlis nikahnya dua ekor katak hijau telah mati di atas pelamin. Dikhabarkan juga bekas kekasih lama mahu kembali kepada anaknya tak kira walau apa pun terjadi.

Setelah janji temu dibuat, semua ahli keluarga meminta mendeteksi sama ada ada gangguan atau tidak pada diri mereka. Apabila sesi terapi dilakukan kepada anaknya, anaknya menggigil tiba-tiba dan tidak dapat dikawal dan kaki dan tangan sejuk seperti ais. Pak Ustadz minta pembersihan rumah dilakukan selama tujuh hari dan mandian kepada anak Kak A dibuat. Hari ketujuh macam-macam petunjuk dapat pada keluarga tersebut. Pak Ustadz mengatakan tak perlu risau dan ‘buat bodoh jer’ kata orang muda-muda. yang penting hasilnya gangguan dapat diselesaikan. Pemagaran dibuat setelah pembersihan dilakukan.

Alhamdulillah, Kak A memaklumkan anaknya telah sembuh dan hubungan mereka suami isteri telah ok semula dan anaknya telah mendapat pekerjaan di Qatar.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,