Sihir Patung (Raya Aidilfitri Hari ke tiga)

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Masih lagi dalam ‘mode’ raya Aidilfitri hari raya ketiga Pak Ustadz bergegas pulang berikutan seseorang telah menelefon dari Kuantan meminta bantuan merawat isterinya yang mengalami gangguan bermula pada maghrib malam 1 Syawal. Dia telah menelefon beberapa pusat rawatan dan semuanya menolak kerana hendak meraikan hari raya puasa.

Raya pertama dan kedua yang lalu Pak Ustadz telah beraya di Kota Tinggi, Johor manakala pada malamnya beraya di sebelah isteri di Segamat, Johor sehingga raya ketiga Asar dan terus bergegas kembali ke Putrajaya kerana telah berjanji untuk rawatan pada jam 9.30 malam. Sempatlah juga merasai jammed di Muar, Pedas- Linggi dan sampai dirumah jam 9.45 malam.

Sampai sahaja di rumah pesakit telah menunggu dirumah. Setelah dipersilakan masuk dan duduk dalam lima minit pesakit terus kerasukan dan energi yang berada ditubuhnya tidak mahu keluar. Pak Ustadz mencuba kaedah meraga sukma menggunakan tubuh pesakit untuk membatalkan sihir yang menganggunya selama 3 tahun lebih.

Bila tabir pintu alam ghaib dibuka pesakit nampak sebuah pondok usang dan didalamnya ada seorang tua sedang mengikat tali dan mencucuk jarum pada patung. Kelihatan terlalu banyak patung di dalam pondok tersebut. Tiba-tiba kelihatan dua ekor hantu raya sebagai penjaga menjerkah. Pesakit membesarkan tubuhnya dan hantu raya tersebut dipijak-pijak sehingga mati. Kemudian Pak Ustadz minta pesakit untuk bakar pondok tersebut sehingga hangus.

Seterusnya pesakit minta periksa tubuhnya. Kelihatan banyak tali yang mengikat ditubuhnya dan diputuskan sehingga tiada lagi tali yang mengikat. Pesakit juga dapat melihat energi negatif yang mendiami tubuhnya dan pesakit telah bunuh dan cincang sehingga hancur.

Pak Ustadz minta pesakit periksa rumahnya pula dan pesakit memaklumkan terdapat bangkai katak kering yang digantungkan di sudut rumahnya dan bangkai katak itu dibakar sehingga hangus.

Sewaktu proses ‘memagar’ rumah pesakit kelihatan di kawasan rumah pesakit terdapat pengamal-pengamal ilmu hitam. Bila Pak Ustadz tanya dimana rumahnya dan pesakit memaklumkan rumahnya adalah tempat yang keras di sekitar Kuantan.

Alhamdulillah respond pesakit setelah beberapa hari menunjukkan perkembangan positif dan semoga sembuh total dari gangguan sihir tersebut. Amin.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,