Sihir Kaki Tangan Hitam

(gambar sekadar hiasan)

Bismillahirrohamnirrohim…

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Pak Ustadz dapat whatsapp dari seoarang makcik menceritakan berkenaan anaknya yang terpaksa menangguhkan pengajian Master di United Kingdom disebabkan oleh penyakit tangan dan kaki mengalami sindrom kehitaman dan semakin hitam dari sehari ke sehari.

Makcik tadi datang dengan keluarganya pada malam itu juga dan terapi dilakukan. Sewaktu hampir nak merasuk secara tiba-tiba salah satu dari kaki meja telah patah tanpa sebab diikuti oleh rasukan dan sewaktu meneutralkan energi negatif keluarga pesakit yang duduk dikerusi merasai kerusi pula bergegar. Selepas pesakit sedar semula keadaan menjadi normal. Pesakit dibekalkan dengan beberapa medium untuk mandian dan pembersihan diri dan rumah.

Setelah selesai pembersihan diri dan rumah pesakit memaklumkan masalah penyakit tangan dan kaki yang kehitaman telah tiada. Gambar dibawah merupakan gambar cincin pusaka yang dipercayai ada energi yang tidak elok dan juga telah dineutralkan melalui rendaman  selama seminggu.

Sekian.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,