Saka – 6 Tahun Tidak Boleh Makan Nasi

Bismillahirrohmanirrohim…

nasiAlhamdulillah berkesempatan menulis sedikit pengalaman rawatan selepas kembali dari urusan rasmi pada waktu siang sambil memberikan perkhidmatan di sebelah malamnya di Pulau Pinang dan  Kuantan. Insya Allah minggu ini dalam 11&12 Februari  akan berada di Kota kinabalu, Sabah.

Kali ini Pak Ustadz nak berkongsi pengalaman rawatan dengan pembaca blog ini berkenaan pengalaman rawatan untuk satu kes seorang kanak-kanak yang tidak boleh bau apatah lagi makan nasi. Kanak-kanak ini akan termuntah apabila bau nasi ditanak dan makan nasi. Perkara ini berlarutan sehingga kanak-kanak ini berusia 9 tahun. Jadinya pada 10 Januari lepas bapanya menelefon untuk datang ke rumah setelah dicadangkan oleh seorang kenalannya. Ingatkan datang dalam 3-4 orang tetapi dalam 5 buah kereta. Terkejut Pak Ustadz dibuatnya dan yang lain-lain datang untuk tengok “drama” yang macam dalam rancangan berkaitan sihir. Tergelak Pak Ustadz dibuatnya.

Waktu tu Pak Ustadz baru nak demam. Perjumpaan diadakan lepas isyak. Jadi lepas maghrib Pak Ustadz ambil kesempatan untuk tidur sekejap bagi kumpul tenaga. Lepas isyak mereka datang ramai-ramai seperti rombongan meminang. Setelah mendengar sedikit sebanyak latarbelakang permasalahan, Pak Ustadz pun cuba menyentuh pangkal hidungnya. Tak semena-mena seorang makciknya tiba-tiba kerasukan dan meminta tolong untuk Pak Ustadz buang ‘saka’ yang duduk di hidung kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah berjaya dibuang bersama ‘bisanya’ sekali. Setelah itu energi yang berada di tubuh makciknya dibuang dan dihantar ke Mekah.

Setelah pembersihan dilakukan dirumah kanak-kanak, bapanya memaklumkan kanak-kanak itu dah boleh menelan bubur nasi. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit ini dapat membantu yang memerlukan.

Sekian

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,