RAWATAN JIN DI RUMAH & TEMPAT KERJA

Assalamualaikum

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik zahir&batin.

Semalam rawatan di Pusat Terapi AlKautsar, Melawati Kuala Lumpur.

Pesakit mengalami gangguan di rumah dan tempat kerja. Berat untuk beribadat, nampak kelibat, bunyian pelik di rumah.

Proses rawatan dimulakan dengan ruqyah dan pesakit berzikir Allah di dalam hati.

Berlaku rasukan, jin suka akan pesakit dan mahu pesakit bercerai.

Minyak AlKautsar disapu pada nadi badan dan sedikit di hidung pesakit. Jin marah dengan mengatakan sakit dan busuk.

Rawatan diteruskan dengan usaha memujuk jin keluar. Walaupun berkeras, akhirnya jin bersetuju untuk keluar dan di hantar ke tempat yang dipersetujui.

Alhamdulillah.

Pesakit diminta untuk membuat mandian dengan Minyak AlKautsar, Wangian Penawar Sihir, serta ‘membersihkan’ rumah dan terus menerus menggunakan Minyak AlKautsar sebagai pendinding diri dan keluarga.