RAWATAN GANGGUAN SAKA

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi selesai sesi rawatan di Pusat Terapi AlKautsar, Melawati, Kuala Lumpur.

Ini adalah sesi kedua bagi pesakit ini. Pesakit mengalami gangguan saka dari belah arwah bapanya. Merupakan saka yang boleh memberi kelebihan berubat.

Sebelum menjalani rawatan dan menggunakan Minyak AlKautsar, Wangian Penawar Sihir, pesakit mengalami sakit2 badan, mendengar bisikan, mimpi yang mengerikan serta diganggu semasa beribadat serta kesukaran untuk tidur.

Selepas sesi pertama dan penggunaan Minyak AlKautsar, Wangian Penawar Sihir, pesakit memaklumkan badan semakin segar dan mampu untuk bekerja. Bagaimanapun, masih ada sedikit gangguan ke atas pesakit.

Pesakit diminta untuk berzikir Allah di dalam hati dan ruqyah dimulakan ke atas pesakit. Tidak sampai 2 minit, pesakit kerasukan.

Jin saka tegas enggan untuk meninggalkan pesakit kerana menurutnya, pesakit merupakan calon terbaik untuk meneruskan legasi keturunannya sebagai perawat.

Admin terus menerus menekan jin saka untuk meninggalkan pesakit, dan menyuruh jin saka untuk mengaut segala bisa yang ada di badan pesakit.

Akhirnya jin saka menurut dengan membuang bisa2 yang ada pada pesakit. Jin saka keluar tetapi pastinya bukan secara kekal.

Pesakit disedarkan dan menyatakan padangannya semakin baik dan cerah serta badan terasa ringan.

Pesakit diminta untuk meneruskan mandian menggunakan Minyak AlKautsar dan menggunakan sebagai wangian harian. Pesakit suka akan bauan Minyak AlKautsar yang wangi seperti wangian moden dan tidak berbau seperti minyak attar.