Pembersihan Gangguan Bot Nelayan

Bismillahirrohmanirrohim...
Petang tadi Pak Ustadz masih di Kuantan. Ada hamba Allah minta tolong tengokkan botnya ada masalah. Biasanya bila turun laut dapat dua tan ikan tapi dah dua minggu hanya dapat 400 kg ikan. Juga tetiba botnya dimasuki biawak dan tikus banyak dibotnya.
Bila di cek ada gangguan di botnya.
Pak Ustadz minta hamba Allah tu buat pembersihan pada botnya menggunakan minyak AlKautsar.
Semoga rezekinya bertambah selepas ini.