Masalah Kedai Tiada Pelanggan

Dapat whatsap dari seorang pemilik kedai di Wangsa Maju. Sebelum ini bisnes boleh dikira alhamdulillah dan lepas beberapa tahun dan terutamanya sejak 3 bulan lepas hanya dapat tampung kos sewa dan operasi sahaja. Malamnya dia datang bersama suami untuk berikhtiar apa yang perlu dan membawa barang-barang yang telah dipesan.

Bila sesi terapi dilakukan wanita ini dapat melihat dengan jelas keadaan di kedainya. Kelihatan terdapat 6 ekor lembaga yang berlegar di dalam premisnya. Sesi pembersihan dilakukan secara makrifat. Alhamdulillah berjaya. Pak Ustadz minta wanita ini membersihkan sekali lagi premisnya dengan menggunakan barang yang telah dibawa. Alhamdulillah selepas seminggu pembersihan, wanita itu memberitahu tiada lagi masalah berdiri bulu roma di premisnya dan pesanan antara amalan para wali Allah bagi menjemput rezeki pada setiap hari Jumaat agar diamalkan.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,