Gangguan Rumah Si Jembalang Tanah

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang mentadbir seluruh Alam.

Jadi tengahari Jumaat ini, ada kesempatan sikit untuk menceritakan Pak Ustadz kisah salah seorang ahli surau qariah Pak Ustadz yang mengalami gangguan isteri dan anak-anaknya. Telah beberapa kali ke pusat rawatan untuk berubat tetapi gangguan tetap ada dan semakin bertambah. Ahli Qariah tu tanya kepada Imam qariah mana tau ada tempat berubat gangguan yang sedang dialami olehnya.

Setelah berjumpa malamnya sesi terapi dimulakan. Kebelakangan ini mana-mana yang ada potensi meraga sukma, Pak Ustadz layankan untuk explore apakah potensi yang ada dengan meraga sukma. Mula-mula pesakit lihat di dapur penuh dengan kaki-kaki sahaja dan berbau hamis,sesi pembersihan dibuat. Seterusnya di ruang tamu rumah kelihatan ada entiti yang negatif, pembersihan dilakukan, bilik tidur belakang rumah pesakit kelihatan ada jembalang tanah semuanya berjaya dilakukan.

Ada sekali pesakit bertanyakan bunyi cakaran di dinding rumahnya. Bila pesakit meninjau rupanya ada makhluk yang beragama Islam seperti beri isyarat kepada pesakit supaya jangan tengok TV dengan suara kuat kerana menganggunya untuk beribadat ditengah malam.

Sesi kedua adalah sesi pembalasan yang menghantar dan mengupah…Hehehe alhamdulillah berjaya dilakukan.

Akhirnya masalah gangguan telah berjaya diselesaikan.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,