DISIHIR KEMURUNGAN

Bismillahirrohmanirrohim.

Malam ni dah beberapa orang menunggu setelah seminggu Pak Ustadz di luar kawasan. Pak Ustadz ada urusan di Johor Bahru.

Malam ini didatangi oleh seorang peguam muda yang ada firma sendiri. Hampir lima bulan mengalami kemurungan akibat disihir oleh seseorang yang telah kalah kes di mahkamah. Tiada semangat dan kerap sakit di pejabat. Susah nak tidur, fikiran berserabut dan kerap mimpi jatuh tempat tinggi dan macam macam masalah mistik lain.

Semasa sesi terapi pesakit nampak patung yang digantung dan bergerak gerak seperti tergantung. Dada sakit. Sesi pembersihan dilakukan dan pesakit merasa ringan. Pesakit diminta membuat pembersihan di tubuh, rumah, kereta dan pejabatnya.

Pesakit kedua ada masalah santau. Pesakit menceritakan dah beribu habis berubat sejak setahun lepas. Di rumahnya nasi selalu cepat basi. Pak Ustadz minta bawa 3 biji kelapa. Terapi dimulakan dan pesakit terus sendawa serta muntah. Ada nampak darah keluar sekali.

Pesakit maklumkan tubuhnya ringan berbanding sebelum datang. Juga dibekalkan untuk pembersihan rumah, pagar rumah dan mandian bagi menutup laluan yang boleh masuk ke tubuhnya.