Buang Ilmu Kebatinan Yang Batil

Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah lagi empat hari lagi menjelang bulan Ramadan al Mubarak. Moga ramadan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Baiklah nak cerita sedikit berkenaan kisah rawatan seorang pemuda yang terlalu minat mempelajari silat kebatinan sehingga ada yang terambil silat kebatinan yang batil. Beliau mengadu sejak akhir-akhir ini selalu terkejut semasa tidur, tengkuk terasa berat dan banyak lagi simpton lain. Setelah mendengar secara ringkas terapi pun dimulakan.

Pesakit terus bersilat dan mengajak bertempur. Beberapa jurus dilancarkan dan beberapa kali pesakit terpelanting kesan terkena jurus. Setelah tewas dan keletihan, entiti yang berada dalam tubuhnya mengaku kalah dan bersedia untuk keluar. Saya agak ini tipu helahnya untuk melengahkan masa dan merawat dirinya yang terluka. Terapi diteruskan lagi dan kelihatan entiti keluar dari tubuhnya. Sehinggalah ketua entiti berdegil tidak mahu keluar dari tubuh pesakit. Saya cuba untuk melemahkannya melalui beberapa kaedah dan pesakit terasa entiti tersebut keluar dari tubuhnya. Alhamdulillah  pesakit turut diminta untuk mandi limau purut bagi membuang semua silat batin yang batil.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,