Gangguan Lembaga Hitam

Bismillahirrohmanirrohim…

Semalam seseorang menelefon Pak Ustadz untuk bantuan gangguan anaknya yang mengalami hyper aktif dan panas baran. Pak Ustadz minta untuk datang keesokannya.

Seperti dijanjikan pesakit telah datang lepas isyak. Setelah mendoakan untuk anaknya pada air dan garam, Pak Ustadz melihat seperti ada sesuatu yang tak selesai lagi.

Isteri pesakit memberitahu bahawa bahu kananya sentiasa sakit. Pernah berurut dan tukang urutnya memberitahu dia tak dapat sentuh tempat yang sakit di kawasan bahu. Terapi dilakukan dan pesakit merasa tangannya kebas secara tiba tiba dan merasakan ada sesuatu yang sedang keluar dari jari-jarinya. Selepas terapi proses meraga sukma dimulakan. Pengaktifan dibuat bagi memudahkan proses meraga sukma. Pesakit melihat ada lembaga hitam di atas pokok besar sedang mengheret sesuatu. Pembakaran sehingga hancur dilakukan. Juga dilakukan dirumah dan di atas siling tandas dan di belakang rumahnya ada bangkai. Setelah selesai pesakit disedarkan.
Pesakit diminta untuk mandian 7 hari.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,