Sihir Muka Gatal Berulat

(gambar sekadar hiasan)

Bismilahirohmanirrohim…

Pak Ustadz mendapat panggilan telefon dari Semenyih, Selangor memberitahu masalah isterinya yang mengalami masalah kegatalan di seluruh tubuh terutamanya di muka, sakit dilutut dan kaki.

Malamnya selepas solat isyak pesakit datang dengan keluarganya. Bila datang sahaja dah terasa “aura negatif kehitaman” bila masuk ke bilik rawatan. Mula-mula buat tak tahu sahaja. Kemudian terapi dilakukan dan pesakit nampak sendiri dengan mata yang pejam semasa terapi tersebut kelihatan 5-6 ekor ulat dalam 5-6 cm satu persatu keluar dari muka dan kainya dan hangus dan terus menjadi asap. Kemudian pesakit kelihatan resah gelisah. Lebih kurang 20 minit terapi segala sakit lutut, gatal di muka, kaki dan belakang tubuh terus hilang.

Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit sembuh pada waktu itu jua. Selang dua minggu pesakit meminta bantuan lagi kerana mengalami masalah sakit diperut, pinggang dan hati. Seperti usus di pulas-pulas. Pergi ke pakar pun telah diperiksa tiada masalah. InsyaAllah akan sambung selepas ini.

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,